Tips Mengelakkan Orang Yang Tidak Dikenali Memegang Bayi Anda

Pernahkah anda berada dalam situasi seperti di bawah :

  • Anda berada di restoran, datang pelayan restoran yang anda langsung tidak kenali mencuit pipi bayi anda & menawarkan untuk mendukungnya? Tanpa sempat memberi persetujuan, bayi anda terus diambil daripada anda.
  • Anda berada di pusat membeli belah, seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun datang menyentuh muka bayi anda di dalam stroller. Kebetulan kanak-kanak itu anda lihat sedang mengalami batuk/selsema.

Sekiranya ya untuk contoh-contoh di atas, percayalah kebanyakan ibu-bapa lain turut mengalami situasi tersebut! Tetapi bagaimanakah caranya untuk anda menolak pelawaan orang tidak dikenali untuk memegang bayi anda dengan cara yang sopan dan tidak melukakan hati mereka?

Di sini kami kongsikan beberapa tips (atau alasan!) yang boleh digunakan :

  1. Anak anda tidak biasa dengan orang luar, dia akan menangis sekiranya dipegang.
  2. Gunakan peralatan mendukung seperti baby carrier atau wrap.
  3. Biarkan suami anda yang mendukung bayi. Dalam kebanyakan situasi, kaum wanita yang lebih gemar untuk bermesra dengan bayi, tetapi sekiranya suami anda yang memegang bayi, kebarangkalian untuk mereka mengambil bayi daripada suami anda adalah sangat kurang!
  4. Sekali lagi, gunakan alasan suami anda :D Katakan sahaja yang suami anda tidak suka sekiranya bayi dipegang oleh orang yang tidak dikenali.
  5. Kadang kala, ada baiknya anda ‘pasang’ muka sombong buat sementara supaya mereka merasakan anda sukar didekati.
  6. Gunakan alasan yang bayi anda baru baik daripada demam, jadi kalau boleh anda tak mahu orang tidak dikenali memegangnya supaya bayi anda kekal sihat.
  7. Alasan ini pelik tapi agak berkesan. Beritahu yang bayi anda sedang buang air besar jadi anda tidak mahu lampinnya bocor dan mengenai orang itu pula. Pasti mereka teragak-agak untuk meneruskan tindakan :D
  8. Terakhir, paling ekstrem & tak masuk akal. Katakan saja anak anda ada kutu! Hahaha. Kalau anda dah bagi alasan tak masuk akal yang sebegitu rupa pun mereka masih tak faham lagi, tak tahu la…

Tujuan tidak membenarkan orang tidak dikenali memegang bayi bukanlah kerana bersifat kedekut anak atau too protective, tetapi kita mestilah beringat yang malang tidak berbau & banyak perkara boleh terjadi dalam sekelip mata. Banyak kes penculikan berlaku dek kerana sikap sambil lewa ibu bapa, jadi sebelum apa-apa terjadi kita kenalah selalu beringat. Dari segi kesihatan juga ia adalah tidak elok untuk membiarkan sesiapa saja memegang bayi anda kerana sifat bayi itu sendiri yang agak fragile.

Related Posts

Add Comment