Tips Rawatan Semulajadi Sekiranya Bayi Mengalami Demam, Batuk & Selsema

Bayi kecil yang menghidapi selsema adalah salah satu perkara yang menakutkan bagi ibu bapa. Oleh kerana bayi tidak mampu untuk mengeluarkan hingus, ia adalah sangat penting bagi kita untuk membantu melapangkan saluran udara mereka. Sebaiknya, cara semulajadi digunakan untuk membantu badan mereka melawan penyakit.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan :

Bawang

  • Kupas bawang dan letakkan di atas pinggan bersebelahan dengan katil atau tempat tidur bayi. Kandungan sulfur dalam bawang menarik keluar lendir dan cecair dalam badan. Jika bayi anda mempunyai hidung tersumbat, ia boleh melapangkan saluran udara mereka dengan tiada kesan sampingan kecuali bau yang kurang menyenangkan di dalam bilik.
  • Bakar bawang bersama kulitnya sehingga kehitaman, kemudia ketuk dan campurkan dengan minyak masak. Sapukan minyak bawang putih pada permukaan dada dan belakang bayi sekiranya bayi anda mula menunjukkan tanda batuk atau demam.

Kaedah Wap 

Letak air bersama titisan baby balsam vicks atau ekstraks eucalyptus yang bertindak memberikan aroma segar dan berupaya melonggarkan ruang-rongga pernafasan bayi.

Teknik Percussion

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Nasal Spray

sterimar-baby

Sterimar Baby

Gunakan nasal spray yang berasaskan air laut kerana ia adalah bersifat neutral dan bertujuan untuk menjadikan hingus keluar bersama cairan tersebut. Antara jenama yang popular digunakan ialah Sterimar, namun anda perlu memilih Sterimar Baby kerana terdapat 2 versi iaitu untuk bayi & orang dewasa.

Cara penggunaanya ialah dengan memasukkan muncung spray ke dalam lubang hidung bayi sambil sebelah lagi lubang ditutup. Kemudian, picitkan spray selama beberapa saat ke dalam hidung bayi. Kesannya hingus akan berkurangan kerana ia telah keluar bersama cairan spray atau ditelan bayi. Harga pasaran untuk Sterimar Baby adalah dalam anggaran RM20 dan boleh didapati di kebanyakan farmasi di Malaysia.

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Related Posts

Add Comment