Putera George Dilihat Sering Memakai Seluar Pendek, Ini Sebab Di Sebaliknya

Siapa yang tidak kenal dengan Putera George? Mempunyai wajah yang saling tak tumpah seakan bapanya iaitu Putera William sewaktu kecil, budak lelaki comel yang bakal menjadi pewaris takhta England satu hari nanti ini sering menarik perhatian ramai.

Tetapi ada sesuatu yang lain yang dilihat oleh netizen tentang putera ini iaitu “Dia selalu memakai seluar pendek!“.

mama-prince-george

Mengapa Putera George tidak pernah dilihat memakai seluar jeans atau seluar panjang yang lain? Mengikut kajian, pakaian anak-anak lelaki yang berseluar pendek adalah tradisi lama di kalangan keluarga diraja dan bangsawan British.

Tradisi ini dapat dikesan kembali ke seluruh keluarga kerajaan, dengan Putera William dan Harry juga dilihat kerap memakai seluar pendek sehingga mereka dianggap cukup dewasa untuk bertukar pemakaian kepada seluar panjang. Secara tradisinya, budak lelaki muda Inggeris berpakaian gaun untuk beberapa tahun pertama kehidupan mereka, sehinggalah mereka mencapai usia kira-kira 8 tahun untuk memakai seluar panjang.

mama-william-harry

Related Posts

Add Comment