Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Babywearing

Babywearing telah lama dipraktikkan oleh masyarakat pada zaman dulu namun sejak kebelakangan ini trend tersebut kian berkembang di Malaysia. Lambakan pelbagai rekabentuk & jenama membuatkan kita kadangkala rambang mata hendak mengambil keputusan mana satu yang bakal menjadi pilihan hati.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda WAJIB tahu sebelum mengambil keputusan untuk memilih babywearing gear yang sesuai.

Jenis-jenis baby wear

SSC
– Soft structured carrier
– Terdapat pelbagai pilihan di pasaran
– Jenama yang popular adalah seperti Ergo, Boba, Snuggbaby(tempatan), Neezaneedles (tempatan).

Wrap
– Sesuai untuk bayi kecil

Mei Tai

Ring Sling

Pouch

XXXXXX
CC
– Crotch carrier
– Tidak bersifat ergonomik

Ergonomik

Hati-hati sebelum membeli kerana tidak semua babywearing gear bersifat ergonomik. Ada bezanya antara SSC & CC kerana SSC bersifat menampung peha bayi manakala CC hanya bertumpu kepada berat di celah kelengkang.

Asli VS Tiruan

Ramai penjual tidak bertanggungjawab yang menjual SSC tiruan di laman jual beli online seperti Lazada, Mudah dan sebagainya. Walaupun mereka mengatakan produk tersebut adalah asli namun jangan mudah tertipu kerana produk asli tidak mungkin sama sekali semurah itu.

Bayangkanlah harga Boba 4G original adalah dalam lingkungan RM400, tetapi mereka menjual dalam sekitar RM100. Logikkah?

Terdapat kes di Malaysia, tali SSC terputus lalu mengakibatkan bayi tersebut koma kerana terjatuh. Setelah diperiksa, SSC yang digunakan adalah tiruan

Related Posts

Add Comment