Bayi Anda Masih Tidak Merangkak Menggunakan Tangan Dan Lutut?

Pada bulan ke berapakah bayi mula merangkak?

Kebiasaannya dalam tempoh 6 ke 10 bulan, bayi akan mula bergerak dimulai dengan kemahiran memusingkan badan, meniarap, merangkak & seterusnya berjalan. Namun begitu, terdapat sesetengah bayi yang melangkaui fasa merangkak dan terus berjalan!

Cara-cara Untuk Membantu Bayi Merangkak

  • Tummy Time – Luangkan lebih masa untuk membiarkan bayi bermain dalam keadaan meniarap. Dengan bermain atas perutnya, bayi membina kekuatan otot di bahu, lengan, belakang badan yang dapat membantu mereka untuk belajar merangkak.
  • Cermin – Bayi mudah teruja sekiranya melihat wajah mereka dalam cermin. Jadi apa kata anda gunakan kelebihan itu dengan meletakkan cermin di hadapan mereka. Bayi anda pasti teruja dan akan mengejar cermin tersebut.
  • Halangan – Bina halangan seperti dengan menggunakan bantal atau tuala di hadapannya dan letakkan permainan bagi menggalakkan bayi anda merangkak dengan menggunakan lututnya. Bermain dalam kedudukan ini membantu untuk menguatkan tangan. Atau cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan peha anda sebagai halangan.
  • Bantuan – Apa yang bayi anda perlukan mungkin adalah sedikit bantuan untuk mendapatkan anjakan keĀ hadapanĀ . Letakkan tangan anda di belakang kaki bayi anda ketika dia sedang meniarap dengan kakinya bengkok. Ia akan memberikan daya untuk bayi anda menolak dirinya ke hadapan. Bayi anda akan menerima konsep bahawa kaki belakangnya membolehkan dia bergerak ke hadapan dan akan mula bergerak sendiri.
  • Galakan – Galakkan bayi anda untuk mencapai dan bergerak ke arah mainan dan objek yang diminatinya. Letakkan mainan menarik itu di tidak jauh dari bayi anda dan lihat jika dia sudah boleh bergerak sendiri ke arah objek-objek tersebut.

Related Posts

Add Comment